8mcYVQADm_w3SrON828wTfvQvFU My Portfolio: Gambar Homestay

Gambar Homestay

Homestay Jauza Hanun adalah sebuah rumah teres dua tingkat yang memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air dan ruangan parking berbumbung di dalam pagar rumah, insyaallah semuanya selamat

Ruangan di selubungi warna-warna cat yang ceria.
Kami menyediakan ruangan bilik yang agak selesa berada di tingkat atas. Bilik no.1 ini disediakan katil Queen satu dan satu katil single, kemudahan mungkin amat sesuai kepada keluarga yang mempunyai anak yang kecil yang masih belum berenggan atau berpisah tidurnya dengan ibubapa. Maka boleh la tidur sebilik, ruangan ini juga sangat besar kerana boleh juga memuatkan toto jika kehadiran tetamu yang ramai, tapi tidak lah digalakkan kerana keselesaan mungkin terganggu. Bilik ini dibekalkan satu kipas syiling dan satu air cond..

Bilik ini, memperuntukkan satu katil queen dengan dua kipas untuk memberikan keselesaan kepada tetamu.
Bilik No. 3 berada di tingkat bawah. bilik ini menampung ahli tetamu yang ramai sekiranya tidak mencukupi berada di atas, maka disediakan katil double untuk keselesaan tetamu. bilik ini juga hanya disediakan kipas sahaja.

Ini adalah tangga untuk pergi ke tingkat atas, berhati-hati ye kepada kanak-kanak jangan bermain di sini di bimbangi jatuh. tapi alhamdullilah tidak ada kes jatuh tangga setakat ini.
Dapur juga disediakan kepada tetamu sekiranya hendak memasak kerana tidak lengkap percutian jika lengkap resepi bercuti..tetamu juga diberikan kemudahan peti ais, mesin basuh dan iron baju...

Perhatian dengan kemudahan ini amatlah berbaloi dengan harga yang diberikan..kerana ianya amat murah sekali di bandar Kuantan...harap tuan dan puan berpuas hati

Tiada ulasan: